Adakah anda tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan Diploma dalam Keselamatan Siber (Diploma in CyberSecurity)? Program ini direka khas bertujuan untuk mendedahkan para pelajar bagaimana untuk melindungi sistem komputer dan digital daripada digodam atau diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Keselamatan siber merupakan satu bidang yang amat penting oleh kerana melibatkan jenayah, pengintipan ataupun sabotaj. Seperti yang kita sedia tahu, melindungi peranti, data dan maklumat daripada risiko merupakan bukan suatu pekerjaan yang mudah, malah ia merupakan suatu perkara kritikal untuk setiap organisasi. Cyberattacks kebiasaanya bertujuan untuk mengakses, menukar, atau memusnahkan maklumat sensitif; memeras wang dari pengguna; atau mengganggu proses perniagaan biasa. Dalam dunia kini, perkembangan cyberattacks menyebabkan kerosakan yang semakin meningkat terhadap syarikat, kerajaan, dan individu. Pelaksanaan cybersecurity yang berkesan adalah sangat mencabar hari ini kerana terdapat lebih banyak peranti daripada orang, dan penyerang menjadi lebih inovatif. Hal ini menjadikan peningkatan dalam permintaan graduan yang berkemahiran dalam keselamatan siber.
Justeru, SEGi University menawarkan pendidikan berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan, program Sarjana Muda Sains Komputer dalam Keselamatan Siber (Bachelor of Computer Science (Honors) in Cyber Security) dalam memenuhi permintaan industri kini. Program ini dapat melahirkan graduan yang tahu menilai, merancang dan melaksanakan strategi pertahanan keselamatan siber. Keselamatan siber adalah amalan yang amat penting dalam melindungi sistem, rangkaian dan program daripada serangan Cyberattacks. Setelah pengajian tamat, para pelajar akan mempunyai kemahiran yang memenuhi keperluan industri untuk pelbagai kerjaya yang berkaitan dalam Teknologi Maklumat dan keselamatan siber di pelbagai sektor, sebagai contoh perbankan, e-dagang, penjagaan kesihatan, pendidikan, kerajaan, minyak dan gas, dan lain-lain. Antara peluang kerjaya yang boleh diceburi adalah Penganalisis Sistem Komputer, Penganalisis Penyelidikan Operasi, Pegawai Keselamatan Maklumat, Pemaju Perisian, Jurutera Forensik Komputer, Penganalisis Keselamatan, Pembangun Perisian Keselamatan, Juruaudit Kod Keselamatan dan banyak lagi.
Program pengajian selama 4 tahun ini dianugerakan sepenuhnya oleh SEGi University. Selain itu, program ini juga dirancang dengan teliti dengan perundingan bersama pakar dan rakan industri yang berpengalam secara khususnya berada di bidang keselamatan siber serta mampu untuk memberikan pelajar pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri.
Di akhir program ini, graduan akan dilengkapi dengan pendedahan holistik dan bersepadu ICT serta kemahiran cybersecurity bersama pensijilan bersetifikat (iaitu Certified Ethical Hacking). Di samping itu, program ini juga selaras dengan keperluan Malaysia Qualifications Agency (MQA) dan program ini juga merupakan kerjasama serta pembangunan yang berterusan dengan badan pensijilan profesional dalam bidang Keselamatan Siber untuk memastikan graduan SEGi terus dilengkapi dengan kemahiran dan pengalaman untuk mengahdapi setiap cabaran baru yang dihadapi oleh industri.