Panduan mengikuti Program Pascasiswazah dengan Mod Penyelidikan

Salah satu tarikan unik program pascasiswazah adalah pilihan untuk mengikuti pengajian dalam mod kerja kursus (coursework), atau berasaskan penyelidikan. Sebelum membuat keputusan laluan pascasiswazah, anda harus mengambil kira mod pengajian yang sesuai dengan keperluan, faktor-faktor yang mendorong anda untuk meneruskan pengajian serta bidang atau subjek yang paling diminati. Artikel ini menyediakan panduan untuk siswazah yang berminat menyambung pengajian pascasiswazah mereka dalam mod penyelidikan.

  1. Fleksibiliti Tinggi

Sekiranya anda lebih suka idea penyelidikan intensif dan pendekatan yang lebih bebas untuk bekerja sambil menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana tanpa batasan untuk menghadiri kuliah berjadual, program pascasiswazah dengan mod penyelidikan adalah pilihan yang tepat untuk anda kerana ia memberikan anda fleksibiliti yang tinggi dalam menentukan pendekatan pembelajaran, penyelidikan serta penglibatan yang sesuai.

  1. Tempoh masa pendek

Mod penyelidikan mengambil masa 1.5 – 3 tahun bergantung kepada kemasukkan pengajian sambilan ataupun sepenuh masa. Ia juga bergantung kepada penyelidikan dan penilaian kritikal terhadap topik yang disetujui. Anda perlu menunjukkan pemahaman yang mendalam mengenai kaedah penyelidikan yang sesuai dengan bidang yang dipilih.

  1. Penilaian komprehensif

Titik permulaannya adalah cadangan topik penyelidikan dan anda akan bekerja di bawah pengawasan seorang supervisor (biasanya oleh seorang ahli akademik senior) dan menjalankan penyelidikan yang meluas tentang topik yang dipilih. Anda juga akan diajar kaedah penyelidikan yang betul dan terperinci serta cara-cara menganalisa maklumat sehingga peringkat penerbitan hasil penyelidikan. Kecekapakan penyelidikan biasanya dinilai oleh penyelia akademik, rakan sekelas atau melalui penilaian berdasarkan pembentangan lisan (viva).

Mod penyelidikan banyak membantu pelajar meningkatkan motivasi diri untuk terus menjalankan penyelidikan, menganalisa hasil serta bertemu dengan penyelia akademik secara berkala untuk pembimbingan berterusan. Ini secara tidak langsung memberi pengalaman yang bernilai berbanding pelajar yang memilih untuk menyambung pengajian melalui mod kerja kursus.

Sekiranya anda berminat dengan program pengajian sarjana dalam mod penyelidikan, anda juga harus tanya pada diri sama ada anda lebih gemar mengambil skop penyelidikan yang meluas atas inisiatif sendiri di bawah pengawasan seorang penyelia.

Terokai pelbagai aspek pengajian sarjana yang diingini di bawah Institute of Graduate Studies (IGS), SEGi University. Semua kursus pascasiswazah berasaskan penyelidikan yang ditawarkan di SEGi University berada di bawah penyeliaan IGS.

Melalui program ini anda akan mendapat pemahaman yang mendalam mengenai bidang yang dipilih. Ahli akademik yang bekerjasama dengan IGS juga mempunyai pengalaman yang mendalam dalam bidang penyelidikan dan pembangunan dan ini dapat memberi impak besar kepada penyelidikan anda. Layari https://xcaliburdigital.com/vr/demo_import/institute-of-graduate-research/ untuk ketahui tentang kursus pascasiswazah berasaskan penyelidikan yang ditawarkan di SEGi.