PACE- Pembelajaran dalam talian suatu keperluan

Di era Industri 4.0 kini, pembelajaran dalam talian bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk dilaksanakan. Pendidikan kini mengalami transformasi luar biasa di mana ia boleh diperoleh secara digital. Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seluruh dunia melaksanakan ciri pedagogi ini bagi meneruskan sesi pengajian di setiap peringkat.

Di SEGi University, kami menawarkan program pendidikan tertiari dalam talian yang fleksibel. Para pelajar hanya perlu menghadiri kelas melalui platform ini untuk mengikuti kelas serta tutorial yang telah disediakan oleh pensyarah.

Program Pendidikan Profesional dan Berterusan dalam talian (PACE) SEGi University membolehkan para pelajar memperoleh kelayakan yang memenuhi tuntutan global dan tempatan sekaligus meningkatkan taraf hidup mereka.

Pembelajaran dalam talian juga merupakan suatu keperluan sekarang kerana ia dapat menghadkan kontak fizikal dan membendung penularan wabak Covid-19 yang kini melanda seluruh dunia. Pelajar yang menetap jauh dari kampus juga berupaya meneruskan pengajian mereka secara maya bagi dan memastikan pengajian mereka tidak tertangguh.

Bagi golongan professional, pembelajaran dalam talian juga memberikan ruang fleksibel kepada mereka untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sepanjang hayat. Ia membolehkan mereka meningkatkan tahap profesionalisme dan kecekapan kerja.

PACE SEGi University Online menawarkan beberapa program berkualiti tinggi. Antaranya adalah Bachelor of Mass Communication (Honours), Master of Business Administration (General Management), Master of Business Administration (Global Business), Bachelor of Business Management (Honours), Executive Diploma in Business Administration dan Diploma in Early Childhood secara dalam talian.

Berminat melanjutkan pengajian tertiari anda dalam talian? Untuk maklumat lebih lanjut tentang program PACE SEGi University Online, layari laman web kami di https://pace.edu.my/campus/segi-university-online atau hubungi kaunselor universiti kami di talian 03-6145 1777 atau 1800-88-7344. Atau hantarkan pesanan ringkas melalui WhatsApp kami, 011-12106389 sekiranya terdapat pertanyaan lebih lanjut mengenai program yang ditawarkan.