Perkembangan kerjaya adalah kemajuan yang diimpikan oleh setiap golongan profesional. Apabila seseorang individu inginkan kemajuan atau ingin mengubah laluan kerjaya, salah satu langkah utama yang akan diambil termasuklah meningkatkan tahap pendidikan atau kemahiran masing-masing.
Sama ada anda baru memulakan kerjaya atau dalam usaha untuk mengubah atau mengembangkan karier anda, melanjutkan pelajaran atau mendapatkan pensijilan baru dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam bidang yang dipilih, sekaligus memberikan anda kelebihan dalam pasaran kerja yang kompetitif.
Realitinya, dalam bidang tertentu, kelayakan pascasiswazah adalah kunci utama untuk melangkah ke hadapan dalam kerjaya anda.
Dengan generasi baru e-pembelajaran yang bertumpu kepada gabungan penyampaian berasaskan kelas dan pembelajaran atas talian yang dikenali sebagai Blended Learning, peningkatan kelayakan pendidikan anda pada masa kini menjadi lebih mudah dan fleksibel.
Platform Pembelajaran Fleksibel
Program Pendidikan Profesional dan Berterusan dalam talian (PACE) SEGi University menggunakan pendekatan pembelajaran campuran dan elemen ini memenuhi keperluan golongan profesional pada masa kini.
Ia bukan sahaja memberi akses kepada peluang pendidikan dan membina potensi bagi pelajar dewasa malah mereka juga dapat memenuhi impian ini tanpa berkompromi dengan keperluan kerjaya, keluarga atau peribadi mereka. PACE juga membolehkan mereka memperolehi kelayakan yang memenuhi tuntutan global dan tempatan sekaligus meningkatkan kualiti kehidupan sedia ada.
Program PACE di SEGi menawarkan program atas talian dalam bidang seperti Perniagaan, Pendidikan dan Komunikasi. Di SEGi University, pelajar PACE juga berpeluang untuk belajar di mana sahaja kerana bahan pembelajaran dapat diakses pada bila-bila sahaja melalui aplikasi mudah alih, Blackboard.
Sesi persidangan video juga dijalankan untuk menyediakan interaksi maya secara langsung, sebagai sokongan kepada bengkel yang diadakan. Video-video boleh disiarkan di Blackboard dan boleh diakses semula oleh pelajar untuk tujuan penelaahan.
Pada zaman digital ini, kaedah inovatif dan luar kotak dapat mengubah cara kita mengajar dan belajar. Dengan PACE Online, SEGi memberikan kemudahan atau peluang pendidikan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latarbelakang ekonomi atau pendidikan dengan syarat anda memenuhi kriteria kemasukkan am yang ditentukan oleh kerajaan. Anda boleh belajar secara fleksibel dan mendapatkan kelayakan yang telah anda impikan, tanpa menjejaskan keseimbangan kehidupan-kerja anda.
Selain itu, pelajar yang mengikuti program pengajian di bawah PACE juga mempunyai fleksibiliti dari segi pembelajaran dan pembayaran fi pengajian kerana SEGi memahami keperluan setiap pelajar.
Sebagai contoh, pelajar dewasa diberi fleksibiliti untuk mendaftar jumlah mata pelajaran yang sesuai dengan kesibukan jadual kerja dan kehidupan mereka pada setiap semester manakala fleksibiliti dalam pembayaran disediakan dalam bentuk pembayaran flexi tanpa faedah, atau pembayaran melalui pengeluaran KWSP atau pembayaran ansuran mudah.
Di samping itu, untuk meringankan beban kewangan pelajar yang bekerja serta mengekalkan momentum pengajian tinggi, SEGi juga telah melancarkan inisiatif baru yang dikenali sebagai Zero First 6 yang membolehkan pelajar baru untuk menangguhkan pembayaran mereka selama enam bulan pertama pengajian dengan kadar faedah sifar peratus bagi pelajar yang mendaftar sebelum 30 Jun 2020.
Kempen Zero First 6 ini adalah program pembayaran mudah yang membantu pelajar SEGi untuk mula belajar terlebih dahulu di salah satu kampus atau program di SEGi dan mula membayar fi pengajian selepas 6 bulan.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang program PACE SEGi University, lawati laman web kami di www.segi.edu.my atau hubungi kaunselor universiti kami di talian 03-6145 1777 atau 1800-88-7344. Atau hantarkan mesej Whatsapp di 011-12106389 sekiranya terdapat pertanyaan lebih lanjut mengenai program yang ditawarkan.