Kejuruteraan Awam dan Prospek Kerjaya

Jurutera awam merancang, dan menyelia projek-projek pembinaan. Seorang jurutera awam juga mewujudkan, memperbaiki dan melindungi alam sekitar. Mereka merancang, merekabentuk dan mengawasi pembinaan dan penyelenggaraan struktur bangunan dan infrastruktur, seperti jalan raya, lapangan terbang, jambatan, empangan, projek pengairan, loji, serta sistem air dan pembetungan. Mereka juga merekabentuk dan membina bangunan tinggi yang sesuai untuk semua keadaan.

Secara amnya, jurutera awam dikategorikan dalam dua jenis: jurutera perunding dan jurutera kontrak. Perunding bertanggungjawab untuk kerja-kerja merekabentuk projek. Kontraktor kemudiannya mengambil reka bentuk tersebut dan melaksanakannya untuk pembinaan.

Antara skop kerja jurutera awam:

  • menjalankan kajian teknikal di tapak pembinaan
  • menggunakan rangkaian perisian komputer untuk membangunkan reka bentuk terperinci
  • melakukan pengiraan yang kompleks
  • berhubung dengan pelanggan dan profesional lain termasuk arkitek dan subkontraktor
  • menyusun spesifikasi pekerjaan dan menyelia prosedur tender
  • menyelesaikan masalah reka bentuk dan pembangunan
  • mengurus belanjawan dan sumber projek
  • penjadualan bahan dan peralatan serta penghantaran
  • memastikan projek itu mematuhi keperluan undang-undang, terutamanya kesihatan dan keselamatan
  • menilai kesan alam sekitar di tapak projek
  • memastikan projek berjalan dengan lancar dan struktur siap pada waktu yang telah ditetapkan.

Kemahiran utama untuk jurutera awam

  • Kecekapan dalam matematik, saintifik dan kemahiran IT
  • Keupayaan untuk berfikir secara sistematik dan mengurus projek
  • Kemahiran menyelesaikan masalah
  • Keupayaan untuk bekerja dalam had waktu dan mengikut belanjawan yang telah ditetapkan
  • Keupayaan untuk mengekalkan gambaran menyeluruh keseluruhan projek
  • Kemahiran cemerlang dalam komunikasi lisan dan bertulis
  • Perundingan, penyeliaan dan kemahiran kepimpinan
  • Pengetahuan lengkap undang-undang yang berkaitan

Kelayakan dan latihan diperlukan

Anda memerlukan ijazah dalam kejuruteraan awam yang mendapat pengiktirafan oleh Board of Engineers Malaysia (BEM) untuk prospek kerjaya yang besar dan meluas.

Di SEGi University, kami menawarkan program Bachelor of Engineering (Hons) in Civil Engineering, yang diiktiraf sepenuhnya oleh BEM, di mana program yang ditawarkan ini akan membantu meningkatkan prospek kerjaya individu. SEGi University juga turut menawarkan ijazah berganda untuk program kejuruteraan awam dengan kerjasama universiti awam terkemuka di United Kingdom, University of Central Lancashire (UCLan).

Adakah anda bersedia untuk memulakan langkah perjalanan sebagai seorang Jurutera Awam? Layari https://xcaliburdigital.com/vr/demo_import/engineering-built-environment-information-technology/bachelor-in-engineering-hons-in-civil-engineering/