{"id":13352,"date":"2020-06-29T12:13:04","date_gmt":"2020-06-29T04:13:04","guid":{"rendered":"https:\/\/xcaliburdigital.com\/vr\/demo_import\/?p=13352"},"modified":"2023-06-06T09:55:47","modified_gmt":"2023-06-06T01:55:47","slug":"jana-pendapatan-melalui-youtube","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/colleges.segi.edu.my\/petalingjaya\/jana-pendapatan-melalui-youtube\/","title":{"rendered":"Jana pendapatan melalui YouTube"},"content":{"rendered":"<p>Di zaman serba canggih ini, YouTube merupakan antara platform video paling popular di kalangan masyarakat Malaysia untuk menjana pendapatan tambahan. Malah, ada juga di antara mereka yang berjaya jana pendapatan yang konsisten melalui platform ini, sehinggakan ada <em>YouTuber<\/em> \u2013 gelaran yang dipakai untuk pengguna platform tersebut \u2013 yang mampu menjana pendapatan yang mencecah jutaan Ringgit.<\/p>\n<p>Sekiranya anda berhasrat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan ingin memulakan bisnes melalui platform ini, anda boleh ikuti beberapa strategi di bawah untuk jana pendapatan lumayan melalui YouTube.<\/p>\n<ol>\n<li><strong>Penghasilan video yang kreatif dan menarik<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n<p>Sudah pasti dengan kandungan video yang kreatif dan menarik, anda akan meraih ramai penonton ataupun <em>viewers <\/em>serta<em> subscribers <\/em>untuk akaun YouTube anda. Sebagai permulaan, anda boleh mengikuti kelas atau program yang boleh memberikan anda pengetahuan dan langkah yang jelas tentang cara membuat video yang berkualiti. Antara kelas atau program yang boleh anda ikuti adalah, Pengurusan Media Sosial, Penyuntingan Video, Keusahawanan Digital ataupun Pembangunan Kandungan Kreatif. Tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang ini akan berkongsi tip dan langkah yang tepat untuk meningkatkan kemahiran serta kreativiti anda. Dengan pembangunan video yang berkualiti, kreatif dan menarik, ia akan meningkatkan penglibatan (<em>engagement)<\/em> orang ramai melalui komen dan peningkatan <em>followers (pengikut\/peminat) <\/em>apabila mereka \u00a0suka dan kongsi (<em>like<\/em> dan <em>share)<\/em> video anda.<\/p>\n<p>Sebagai contoh, antara kandungan menarik yang biasa dimuatnaik oleh YouTuber fesyen atau makanan adalah promosi atau <em>review<\/em> produk. Ini akan meningkatkan lagi carian dan langganan (<em>subscribership<\/em>) untuk akaun anda. Apabila YouTuber seperti ini meraih pengikut yang ramai, mereka akan dikenali sebagai <em>influencer<\/em> yang boleh mempengaruhi pengguna untuk membeli atau melanggan sesuatu produk atau perkhidmatan. Mereka boleh \u00a0mencadangkan produk tersebut kepada pengguna dan menerbitkan video <em>unboxing<\/em> untuk sesuatu produk untuk mempengaruhi pasaran.<\/p>\n<ol start=\"2\">\n<li><strong>Optimumkan SEO video anda<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n<p>Menurut blog <em>NiagaHoster<\/em>, kata kunci atau <em>keyword<\/em> memainkan peranan penting dalam menentukan kedudukan video yang anda cipta. Keyword adalah sangat penting untuk menarik minat penonton baru ataupun subscribers. Selain itu, sekiranya anda ingin membina kerjaya atau menjadi usahawan dalam bidang seperti ini, anda harus ketahui <em>niche<\/em> atau tema yang anda betul-betul minati untuk membuat kandungan video untuk kegunaan pemasaran digital. Ini akan memudahkan lagi carian pengguna . SEO yang tepat juga boleh meningkatkan pelawat ke laman sosial atau sesawang bisnes anda.<\/p>\n<p>Selain itu, anda juga perlu ketahui teknik menganalisa tren terbaru di YouTube dan peka dengan konten-konten terkini atau viral untuk terus meningkatkan jumlah peminat atau <em>views<\/em> untuk video anda. Aplikasi seperti <em>Google Trends<\/em> boleh membantu anda mengenali <em>keywords <\/em>yang kerap atau jarang digunakan oleh pengguna Internet dan memuatnaik kandungan atau kata kunci yang lebih sesuai.<\/p>\n<ol start=\"3\">\n<li><strong>Pastikan peralatan dan kelengkapan yang diperlukan berkualiti dan mencukupi<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n<p>Kamera memainkan peranan besar dalam penghasilan video yang berkualiti. Untuk menjadi <em>YouTuber <\/em>atau <em>influencer <\/em>yang digemari, anda boleh merekod video menggunakan smartphone, seperti Samsung S10+ ataupun Iphone X untuk mendapatkan hasil video dan audio yang berkualiti. Sekiranya mempunyai bajet lebih, dapatkan kamera DSLR untuk penghasilan video bertaraf profesional. Selain itu, <em>microphone<\/em> juga merupakan salah satu alat penting untuk merekod video. Pastikan audio yang dihasilkan sempurna dan jelas didengari oleh penonton video anda supaya anda mendapat <em>engagement <\/em>yang tinggi dan konsisten.<\/p>\n<p>Di samping itu, tripod kamera dan lampu pencahayaan boleh mempengaruhi kualiti video anda. Kedua-dua peralatan ini perlu dititik beratkan agar video yang dihasilkan cantik dan disukai penonton. Jika anda tidak ada bajet yang mencukupi untuk mendapat peralatan pencahayaan, pastikan video anda dirakam di bilik atau ruang yang mempunyai pendedahan cahaya yang baik.<\/p>\n<ol start=\"4\">\n<li><strong>Kongsikan link YouTube untuk jana pengikut dan keuntungan<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n<p>Platform Facebook, Instagram dan Twitter boleh dijadikan sebagai landasan pemasaran video YouTube anda. Kongsikan link YouTube di platform media sosial yang lain untuk menambah jumlah <em>subscribers.<\/em> Dengan kaedah ini, anda boleh memanfaatkan <em>followers<\/em> di laman sosial yang lain untuk menyumbang kepada lebih banyak <em>views<\/em> bagi saluran anda.<\/p>\n<p>Pendapatan yang diperoleh oleh YouTuber sukar untuk diramal dengan tepat, oleh kerana pendapatan mereka bergantung kepada beberapa faktor, antaranya adalah kualiti lalu lintas (<em>quality of traffic<\/em>), jenis video khusus (<em>niche<\/em>), harga iklan tertentu, <em>adblocks<\/em>, kadar klik sebenar, dan banyak lagi.<\/p>\n<p>Tetapi anggaran bagi setiap 1,000 paparan video di YouTube akan memberikan pulangan wang di antara RM1 hingga RM16, menurut analisa <a href=\"https:\/\/socialblade.com\/youtube\/youtube-money-calculator\"><em>SocialBlade<\/em><\/a>, sebuah syarikat yang menjejak saluran YouTube popular dalam memberikan data kepada pihak yang berminat untuk mengiklan.<\/p>\n<p>Untuk menjadi usahawan berjaya sebagai <em>YouTuber<\/em>, anda perlu memberikan komitmen 100% dalam setiap penghasilan video. Tidak mustahil bagi sesiapa sahaja untuk menjana pendapatan mencecah puluhan ribu ringgit setiap bulan walaupun anda baru mula berjinak dengan platform ini.<\/p>\n<p>Ramai di luar sana telah menempah nama dan berjaya mencipta kerjaya sebagai seorang <em>YouTuber<\/em> terkenal di Malaysia. Contoh selebriti <em>YouTube<\/em> adalah Alieff Irfan yang merupakan antara 10 <em>YouTuber<\/em> terkenal di Malaysia pada 2020 dan mempunyai 2.69 juta <em>subscribers<\/em>, menurut Heepsy.com. Satu lagi contoh terbaru adalah Sugu Pavithra yang mengaut keuntungan yang berlipat ganda dalam masa yang singkat setelah beliau mula memuatnaik video masakan rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan di Malaysia pada bulan Mac lepas. Beliau membuktikan bahawa anda tidak memerlukan sebarang pelaburan besar untuk menggiatkan diri dalam pemasaran digital. Dengan konsep serta persediaan yang betul, anda juga boleh menempa nama sendiri dan mencipta kerjaya dengan menjadi usahawan YouTuber atau pemasar digital yang berjaya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Di zaman serba canggih ini, YouTube merupakan antara platform video paling popular di kalangan masyarakat Malaysia untuk menjana pendapatan tambahan. Malah, ada juga di antara mereka yang berjaya jana pendapatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13353,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[106],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/colleges.segi.edu.my\/petalingjaya\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13352"}],"collection":[{"href":"https:\/\/colleges.segi.edu.my\/petalingjaya\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/colleges.segi.edu.my\/petalingjaya\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/colleges.segi.edu.my\/petalingjaya\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/colleges.segi.edu.my\/petalingjaya\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13352"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/colleges.segi.edu.my\/petalingjaya\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13352\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20206,"href":"https:\/\/colleges.segi.edu.my\/petalingjaya\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13352\/revisions\/20206"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/colleges.segi.edu.my\/petalingjaya\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13353"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/colleges.segi.edu.my\/petalingjaya\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13352"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/colleges.segi.edu.my\/petalingjaya\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13352"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/colleges.segi.edu.my\/petalingjaya\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13352"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}