Kejuruteraan elektrik dan elektronik adalah salah satu bidang kejuruteraan yang mendapat tempat di hati generasi muda pada masa ini. Artikel ini akan menerangkan lebih lanjut mengenai kerjaya dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik dan membantu para pelajar di luar sana untuk lebih memahami tentang bidang ini.
Ijazah Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektronik atau gabungan keduanya sekali memberi gambaran menarik tentang bagaimana alat dan teknologi elektrik dan elektronik berfungsi.
Bidang kejuruteraan ini sangat berguna kepada masyarakat kerana ia akan memberi kelebihan bagi sesiapa yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran terhadap teknologi terkini dalam bidang elektrikal and elektronik. Ia sejajar dengan hala tuju kerajaan untuk memperkasakan Industri 4.0 dan industri ini akan terus menerima permintaan yang mengalakkan untuk tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Pelajar kejuruteraan elektrik dan elektronik akan diberi pendedahan komprehensif tentang pengetahuan teknikal dan aplikasi di samping pembelajaran secara teori dan praktikal. SEGi sentiasa memberi tumpuan penuh kepada pelajar dan aktiviti pembelajaran berpusat (student-centric learning) untuk memastikan mereka bersedia menghadapi cabaran industri selepas tamat pengajian.
Dengan ijazah dalam Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, anda akan mempunyai pelbagai pilihan kerjaya. Apa yang anda pilih selepas tamat pengajian bergantung pada minat dan kepakaran anda. Anda boleh membuat pilihan kerjaya sebagai jurutera dalam bidang tenaga, tenaga yang tidak boleh diperbaharui, semikonduktor, minyak dan gas, aeroangkasa, telekomunikasi, robotik, penyiaran, kejuruteraan komputer, kejuruteraan nuclear, analisis system dan banyak lagi.
Apa sahaja industri yang anda pilih untuk bekerja, anda boleh mendapat gaji yang lumayan dan setimpal sebagai jurutera elektrik atau elektronik, terutamanya jika anda mendaftar sebagai jurutera profesional dengan Lembaga Jurutera Malaysia. Selain itu, anda boleh mempunyai masa depan yang cerah sebagai seorang jurutera professional berkemahiran kerana teknologi baru akan terus muncul dan berkembang dari masa ke semasa.
Sekiranya anda ingin mengejar cita-cita dan mempunyai minat untuk meneroka dengan lebih mendalam terhadap bidang elektrik dan elektronik, SEGi University menawarkan program Bachelor of Electrical & Electronics Engineering (Honours) selama empat tahun untuk anda memperoleh pengalaman dan pendidikan yang diperlukan oleh industri ini. Untuk maklumat lanjut, layari https://segi.edu.my/study-with-us/course/beng-hons-in-electronic-and-electrical-engineering.