‘Norma baharu’ ternyata kini memberi kesan kepada setiap lapisan masyarakat. Graduan universiti juga tidak terkecuali dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk kadar pengambilan pekerjaan yang terhad. Baru-baru ini, Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pengangguran rakyat Malaysia pada April 2020 dijangka melonjak hingga 5%, kadar tertinggi dalam 30 tahun ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia seharusnya diatasi dengan pelan tindakan yang kreatif dan berstrategi.
Ekonomi jingga, atau lebih dikenali sebagai ekonomi kreatif adalah salah satu sektor yang boleh difokuskan untuk mengasah bakat seni kreatif dan mencipta peluang pekerjaan baru pada pasca-PKP. Ia sewajarnya dijadikan sasaran pembangunan utama yang menyumbang kepada kekayaan negara kerana ia mampu mewujudkan kesan sosial positif dan menjana peluang pekerjaan yang dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Seni bina, seni lukis, seni persembahan, kraftangan, filem, seni reka, penerbitan, penyelidikan dan pembangunan, permainan dan alat mainan, fesyen, muzik, pengiklanan, penulisan, penerbitan program radio dan TV serta permainan video merupakan antara aspek ekonomi jingga yang dinyatakan oleh John Howkins, salah seorang penyelidik berpengaruh dalam ekonomi kreatif.
Dr. Sugumaran Selladurai, Dekan Fakulti Perniagaan, Sains Sosial dan Pengurusan Hospitaliti, SEGi University, berkata kursus kreatif serta kelayakan akademik yang sesuai mampu menambah nilai kepada kemajuan ekonomi jingga dalam negara.
Tambah beliau, program pengajian kreatif seperti rekabentuk multimedia, rekabentuk komunikasi visual, komunikasi massa dan sebagainya mampu menghasilkan graduan berkualiti tinggi yang bukan sahaja dapat memenuhi keperluan industri kreatif masa kini malah mampu meningkatkan produktiviti serta pertumbuhan industri.
SEGi University memainkan peranan utama dalam menawarkan program pengajian komprehensif dan relevan yang memberikan penekanan terhadap seni, budaya dan keusahawanan dalam membantu dasar ekonomi jingga.
“Dengan menghasilkan lebih ramai bakat kreatif, kita boleh menyumbang kepada pengurangan kadar pengangguran graduan pada masa yang akan datang kerana ekonomi jingga ini tertumpu kepada penghasilan harta intelek yang bernilai. Ia juga membawa maksud bahawa bakat kreatif mampu menjana pendapatan tersendiri tanpa bergantung kepada peluang pekerjaan dari industri. Di waktu PKP, kita sudah dapat melihat bagaimana laman sosial seperti YouTube menjadi pemangkin kepada pemasaran bakat kreatif sehingga para YouTuber mampu menjana pendapatan di luar jangkaan dengan hanya memasarkan bakat mereka secara konsisten,” kata Dr.Sugumaran.
Tambah beliau, adalah wajar bagi SEGi untuk menyumbang dalam meningkatkan jumlah pelajar yang berkemahiran dalam industri kreatif sebegini akibat daripada pandemik Covid-19 yang memberi impak dalam setiap urusan kita pada ketika ini termasuk anjakan era Revolusi Industri 4.0 yang kini rancak berlaku diseluruh dunia.
SEGi sentiasa bersiap sedia untuk memastikan para pelajar dapat menghadapi cabaran era baru, dimana pelajar bukan hanya tertumpu kepada pengisian peluang pekerjaan, sebaliknya menjadi pencipta peluang pekerjaan baru dengan bakat keusahawan dan kemahiran insaniah yang baik.
Pelajar yang memilih SEGi juga dapat menikmati pelbagai kemudahan pembelajaran komprehensif seperti studio fotografi, ‘green room’, studio voice over, bilik muzik, studio siaran dan studio pengeluaran untuk mengasah bakat serta menyiapkan diri untuk sebuah industri yang serba integratif.
Sebuah institusi yang melahirkan golongan bijak pandai serta berkemahiran tinggi, SEGi memberi kepentingan kepada bakat berkualiti yang mampu menghasilkan transformasi ekonomi yang berimpak tinggi.
Ketahui lebih lanjut mengenai program pengajian yang berteraskan ekonomi jingga di SEGi University / College Kota Damansara melalui https://xcaliburdigital.com/vr/demo_import/faculty-of-communication-creative-design/ atau hubungi 03-6145 1777 atau WhatsApp 011-1210 6389 untuk bercakap dengan kaunselor kami.